jodoh terpanjang

BEATRICE dan Walter, kedua-duanya berusia 100 tahun

BEATRICE dan Walter, kedua-duanya berusia 100 tahun

LONDON: Jika hendak berbicara mengenai perhubungan, Walter dan Beatrice Postings pasti mengetahui satu atau dua perkara. Mereka yang bercinta sejak muda sudah berkahwin selama 80 tahun, sekali gus menjadi pasangan Britain paling lama hidup sebagai suami isteri. Kini, dengan kedua-duanya berusia 100 tahun, rumah tangga yang mereka dirikan telah melalui dua perang dunia, pemerintahan lima raja dan 19 perdana menteri. Kakitangan sebuah rumah penjagaan orang tua sering melihat pasangan romantik itu berpegang tangan.

Pasangan itu tidak segan untuk mengaku mereka berbuat demikian setiap hari.

Ketika menjelaskan bagaimana hubungan mereka dapat bertahan begitu lama, Beatrice berkata: “Saya hanya mencintainya. Itu saja.”

Walter yang mesra dengan panggilan Wally pula berkata: “Semuanya berlaku kerana sikap tolak ansur.”

Pasangan yang berasal dari Burnham-on-Sea, Somerset, berkenalan di satu majlis ketika berusia 18 tahun.

Anehnya, Beatrice jatuh hati pada Wally kerana dia sering menarik rambutnya. Mereka berkahwin pada 1929.

Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga anak, empat cucu, lapan cicit dan dua piut

Pasangan itu menjalankan perniagaan barang antik pada 1951 sehingga bersara pada 1975.

Mereka dinobatkan sebagai pasangan paling lama berkahwin selepas kematian Frank Milford dari Plymouth minggu lalu, yang hidup bersama isterinya, Anita, selama 81 tahun. – Agensi

Wah inilah yg boleh dikatakan cinta tulus n sejati.Aku masih mencari lagi cinta sejati aku…=)=)=)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: